- Sesi pembelajaran online untuk guru-guru menggunakan Zoom selama 2 jam.
- Terbuka untuk semua – guru sekolah, guru tadika, tutor, cikgu tuisyen juga para fasilitator program untuk pelajar sekolah.
- Modul Soleh English ini menang Pingat Emas di UiTM International Shariah-Compliant Invention, Innovation, Ideas and Design pada tahun 2016 di Shah Alam, Selangor dan Tempat Pertama serta Pingat Emas di UTM AIINEX 2020, Asia International Innovation Exhibition.
- Kini, kami mahu pindahkan modul ini agar lebih ramai tenaga pengajar boleh menggunakan pendekatan ini dalam pengajaran dan pemudahcaraan kelas bahasa Inggeris.
Kita akan:
1. Rombak cara belajar dan mengajar English yang biasa-biasa menjadi luar biasa.
2. Belajar lagu mudah dan permainan kad untuk menarik minat pelajar.
3. Alami kelas ini sebagai seorang pelajar supaya dapat ‘feel’ untuk dibawa balik ke tempat masing-masing.
- Peserta akan menerima kad-kad bergambar dari Unit 4.
- Peserta akan menerima lembaran Class Activity Guide untuk Unit 4. Panduan ini membantu guru mengurus masa dan aktiviti sepanjang kelas 30 minit. 30 minit ini dibahagi kepada 5 segmen 6 minit.
- Peserta akan menerima salinan dari buku aktiviti Soleh English berkaitan unit yang sama. Untuk helaian pelajar, fail pdf akan diberikan untuk cetakan sendiri.