Spoken English Cuti Sekolah

Selamat datang ke laman SPECS! Seperti namanya, program ini berlangsung semasa cuti sekolah. Ibu ayah boleh memilih kelas secara online ataupun sesi bersemuka.

Tahun ini, SPECS datang ke Taiping bersempena pembukaan premis baru kami di Istana Larut Business Park.

Anak saya akan belajar apa ya?

Peserta program ini akan dibahagikan kepada dua: sekolah rendah dan menengah. Kelas untuk anak-anak 7 ke 12 tahun berjalan pada waktu pagi. Sebelah petang, abang dan kakak menengah pula, 13 tahun ke atas.

Mereka akan diberi ruang dan peluang untuk menguatkan DUA KEMAHIRAN ASAS BAHASA:

Mendengar & Merespon

Listening & Responding

Ini antara bahan belajar untuk peserta sekolah rendah. Anak-anak tuan/puan akan selesaikan beberapa misi.

Walaupun nampak seperti bermain, mereka sebenarnya belajar English.

Walaupun fokus listening & speaking, mereka tetap berlatih reading & writing.

Program yang dijalankan di sekolah, ramai dan meriah. Cuti sekolah di Taiping, kelas lebih kecil, lebih interaktif.
Suasana di sekolah rendah. Jom, berikan peluang ini untuk anak-anak suka belajar English.

Berapa lama program cuti sekolah ini?

Jika kami ke sekolah, guru berikan masa 2 ke 4 jam. Paling lama, 6 jam. Jumlah peserta pula ramai, 30 ke 60 orang. Untuk SPECS nanti, anak tuan/puan akan datang belajar selamat 4 hari (Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis) selama 3 jam sehari.

Total 12 jam! Belajar dengan happy, belajar cara easy. Ok, kan?

Bersama remaja di Sekolah Alternatif Tawau, Sabah. (Kucing pun ikut sekali.)
SPECS di Perpustakaan Awam Bandar Baru Bangi
SPECS di Menara TM, Bangsar
SPECS di The New Straits Times Press (NSTP) Bangsar
SPECS di Kuantan
SPECS di Akademi LHDN Bangi

Bagaimana setakat ini? Sedia untuk daftarkan anak-anak?

Tuan/Puan boleh dapat pakej jimat jika daftarkan anak cepat-cepat.

Bagi ibu ayah yang ready, borang pendaftaran di sini: https://forms.gle/HzN9DJpWnsrtj2x8A

Selamat menghantar anak-anak belajar. Terima kasih!

× How can I help you?