Fahamkan 3 Benda Ni Untuk Naikkan Vocabulary Anak (Otomotik Vocab Sendiri Jadi Banyak) InshaAllah 😊

 

 

Belajar bahasa ni seronok jika kena caranya. Tak kira apa jua bahasa. Kalau asyik kena hadam present tense, past tense, continues tense..alamat memanglah tension anak kita. Budak-budak, jangan paksa sumbat dengan hukum-hakam grammar lagi. Ilmu grammar ni tahap tinggi. Tahap nak susun perkataan untuk cantikkan bahasa. Memang kena berguru dan perlu gigih. Cuma, pinta saya, jangan letakkan grammar sebagai priority nombor satu. Letakkan ia di tangga seterusnya selepas TABUNG PERKATAAN anak kita mula berkembang dan beranak-pinak.

Ok, saya ada 3 pesanan.
1. Belajar English, Arab, Jepun, Turki bukan macam belajar Sains dan Matematik.

 Kelas yang ada angka dan formula, takpa boleh duduk diam, khusyuk, angguk. Sebab proses mengira, memerhati, menganalisa berlaku di minda.

 Pesan kat anak, kelas bahasa jangan buat macam ni. Tak normal kalau kelas bahasa sunyi sepi melainkan tengah buat pantomime. Mesti keluarkan suara. Mengulang, memimik, membaca dengan suara, mengalunkan lagu. Kecoh is cool!

2. Belajar ada dua saluran – masuk dan keluar, input dan output.

 Kalau nampak anak kita duduk diam baca buku, jangan rasa lega. Ini bukan belajar. Ini separuh belajar. Lagi separuh dia kena keluarkan balik apa yang dibaca.

 Pelbagaikan input bahasa Inggeris untuk anak. Jangan harap mereka tangkap English di kelas, di sekolah sahaja. Tak cukup! Lagipun English dari buku teks lebih skema dan tidak natural.

 Pasang radio yang banyak orang sembang dan kurang menyanyi. Untuk English saya rekemen BFM 89.9. Tak faham takpa sebab ini fasa memasukkan bunyi English dan merakam vocabulary. Biasakan telinga mendengar English yang natural dan stylish.

3. Berhenti memancing, mula menjala. (Ini pesanan jongkong emas. Mahal nilainya.)

 Kalau sebelum ni anak belajar English ‘word by word’, ubah cara sekarang juga. Contohnya, monkey, bird, hungry.

 Untuk elakkan anak jadi robot, bantu dia tangkap beberapa kalimah sekaligus (frasa atau phrase). Misalnya, “Look at the monkey!” “The blue bird.” “I’m hungry.”

 Ini namanya menjala. Tangkap dan guna 2, 3 perkataan terus. Kalau memancing, sepatah sepatah dia dapat. Lambat.

Semoga apa yang dikongsi ini memudahkan mak ayah bantu anak naikkan kosa kata English anak-anak. Cikgu bantu di sekolah, kita usahakan di rumah.

InshaAllah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× How can I help you?